Blogger Backgrounds

Tuesday 22 March 2011

PUPPET

 SINGA

 BURUNG

 RUMAH

 ORANG

 GAJAH
 
POKOK

 KERETA

SUDUT TEPI

 SUDUT BAWAH


 BENTUK-BENTUK PUPPET


Kepentingan/ keperluan  : Alat bantu mengajar bagi pelatih/ pelajar pendidikan khas (masalah pembelajaran)
1) Boleh digunakan semasa bercerita
2) Dapat menarik pemerhatian pelatih/ pelajar
3) Dapat melihat dengan nyata
4) Meransang penggunaan deria penglihatan ( kemahiran sensori dengan mengekori objek ke kanan dan ke kiri)
5) Dapat melakonkan sesuatu situasi
6) Boleh mengajar untuk menekap dan gunting ikut bentuk (secara terkawal)

Sunday 20 March 2011

LANGKAH MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI

1) Melalui program pembangunan kemahiran teknologi
Terdapat pelbagai usaha dan aktiviti dilaksanakan dalam usaha memupuk dan menanam minat serta membudayakan penggunaan teknonologi kepada masyarakat untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti dan berinformasi. Secara umum, program pembangunan kemahiran teknonogi wajar dilaksanakan bagi memberi pendedahan mengenai kepentingan mendalami ICT. Melalui kursus-kursus atau pertandingan seumpamanya. Contoh, melibatkan penyertaan pelajar-pelajar, golongan ibu bapa, para pentadbir sekolah serta guru-guru. Penyertaan dari pelbagai pihak dapat memberi sokongan antara satu sama lain.

2) Menggunakan pendekatan kecanggihan teknologi.
Untuk menyokong dan mempercepat pembudayaan teknologi, penggunaan ICT dan teknologi terkini yang tersedia dimanfaatkan. Secara intensif contoh melalui penggunaan laman web, internet, mobile learning, e-pembelajaran, pembelajaran maya, pembelajaran jarak jauh dan sebagainya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara ini bukan sahaja menjadi lebih keberkesanan kos, tetapi juga memudahkan pelajar mengikuti pengajian kerana mereka dapat belajar secara maya tanpa perlu menghadiri kelas sepanjang masa secara fizikal.  Secara tidak langsung masyarakat telah mendekati dunia teknologi.

3) Penyediaan prasarana.
Kerajaan perlu menyediakan kemudahan kepada masyarakat terutama masyarakat di luar Bandar khasnya. Ini kerana keinginan untuk mendalami teknologi sudah ada tetapi disebabkan faktor tiada kemudahan untuk memperlajari. Masih terdapat kawasan-kawasan yang tidak mempunyai kemudahan tersebut. Contohnya, dengan menyediakan satu tempat khas bagi memudahkan penduduk setempat untuk menggunakan komputer.

4) Wujudkan peluang yang sama rata.
Bermaksud setiap orang berhak dan boleh menikmati kecanggihan yang tersedia. Tidak kira, latar pendidikan, status, jantina dan sebagainya. Setiap orang berpeluang untuk mendekati dunia teknologi. Contohnya, pendidikan berkenaan ICT tidak dikhaskan kepada golongan tertentu sahaja seperti mereka yang mempunyai kepentingan sahaja contoh daripada bidang teknologi tetapi peluang juga harus diberikan kepada semua golongan.

5) Pertukaran idea.
Menjana pemikiran masyarakat dengan menggalakkan setiap individu menyumbangkan idea daripada kebolehan yang dimiliki. Contohnya, mengadakan hari reka cipta antara sekolah, universiti, pihak swasta dan sebagainya. Di sini, penjanaan idea dan meningkatkan lagi minat serta kepakaran yang dimiliki setiap individu mengenai teknologi.

ROZANA BINTI MOHAMED RAZALI
A128055
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 SEM 2 2010/2011.

Tuesday 15 March 2011

Biodata


NAMA: ROZANA BINTI MOHAMED RAZALI
NO. MATRIK: A128055
PROGRAM: PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK)
TAHUN PENGAJIAN: 2
SEMESTER: 2 SESI 2010/2011
TUTORIAL
                   HARI: SELASA
                   MASA: 8.00PM-10.00PM
                   TEMPAT: LAB 3
ALAMAT KOLEJ:  K12B-201, KOLEJ BURHANUDDIN HELMI.


Monday 14 March 2011

foto teknologi dan inovasi

TEKNOLOGI 1

360º 3-D HOLOGRAPHIC DISPLAYS
ZCam™ merupakan kamera video yang boleh merakam informasi hingga ke bahagian dalam objek (yang biasa digunakan untuk membuat model 3D) video dan kemudian diproduksi oleh 3DV Systems. Teknologi ini mengunakan prinsip "Time of Flight". Pada teknik ini, data ukuran 3D didapatkan dengan cara mengirim gelombang infra merah ke dalam scene video dan cahaya akan direfleksikan oleh permukaan objek pada scene video. Dengan menggunakan variabel waktu yang ditempuh oleh gelombang infra merah untuk mencapai objek target dan saat kembali jarak boleh dihitung dan kemudian digunakan untuk membuat informasi 3D dari semua objek pada scene.

TEKNOLOGI 2

QUANTUM TELEPORTER
Q-Teleportation telah berhasil pada objek yang lebih kecil berdasarkan penelitian yang telah dilakukan oleh  Rupert Ursin, peneliti Institute if Experimental Physics, Universiti Vienna, Australia. Pada Q-Teleportation, quantum pada objek dihancurkan dan dibuat kembali. Oleh kerana itu, Q-Teleportation tidak boleh memindahkan benda hidup mahupun mati secara keseluruhan fizik. Alat ini "menciptakan" replika benda sebelumnya pada posisi di tempat lain dan benda sebelumnya akan "menghilang" selama replikanya diciptakan.
sumber: National Geographic.

TEKNOLOGI 3

SKUTER SELAM HYDROBOB
Andrew Sneath memperkenalkan skuter selam HydroBoB bagi meneroka kawasan terumbu karang. Mereka yang tidak pandai berenang boleh menaiki skuter ini untuk meneroka lokasi-lokasi pelancongan di seluruh dunia sehingga kedalaman 30 meter, tidak perlu memakai gogal, peralatan pernafasan atau sut selam. Para pengguna boleh memakai cermin mata dan bercakap ketika berada di dalam air. Sebuah kubah kaca memberi pandangan 180 darjah manakala kenderaan ini juga dilengkapi dengan tangki oksigen yang boleh digunakan selama sejam di dalam air. Skuter ini dijana dengan menggunakan bateri 12 volt yang terletak di bawah tempat duduk yang membolehkannya bergerak selaju dua knot. Setakat ini, Sneath menerusi syarikatnya, Hydrodome, mengeluarkan 350 HydroBoB untuk disewa di beberapa lokasi pelancongan di dunia termasuk Kepulauan Bahamas, Australia dan Tenerife.

TEKNOLOGI 4                                                                       

ROBOT PELAYAN RESTORAN
Di Bangkok sebuah restoran makanan Jepun, Hajime yang baru dibuka menarik perhatian ramai orang apabila empat robot ditugaskan untuk menjadi pelayan. Pemilik restoran itu yang merupakan seorang wanita tempatan, Lapassarada Thanaphant berkata, dia membelanjakan sebanyak 30 juta baht (RM3.02 juta) bagi membuka restoran tersebut termasuk membeli robot berkenaan dari Jepun. Pelanggan boleh memesan makanan yang dikehendaki dengan menekan skrin sentuh pada monitor di setiap meja mereka sebelum makanan tersebut dihantar oleh robot.

TEKNOLOGI 5

BANDAR MESRA ALAM
ABU DHABI - Pentadbiran bandar Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memajukan bandar mesra alam terbesar di dunia dengan menggunakan teknologi paling canggih.Bandar mesra alam itu dikenali sebagai bandar Masdar yang boleh menempatkan 40,000 penduduk dan projek tersebut bermula sejak 2006. Dibina di pinggir bandar Abu Dhabi, bandar Masdar yang langsung tidak mengeluarkan gas karbon bakal menjadi contoh kepada bandar mesra alam pada masa depan. Bandar itu memperoleh penghuni pertamanya pada Oktober lalu apabila sekumpulan 175 orang pelajar menyertai projek Masdar. Institut Sains dan Teknologi Masdar turut dibangunkan dengan kerjasama Institut Teknologi Massachusetts. Sebuah kereta tanpa pemandu yang dikendalikan sistem navigasi canggih turut digunakan di kampus tersebut. Buat masa sekarang, apa yang ada hanyalah kampus institut pengajian yang meliputi satu kluster bangunan dengan bumbungnya dipenuhi dengan panel solar serta sebuah ladang yang memperoleh  tenaga solar. 
TEKNOLOGI 6

RUMAH BERGERAK UNTUK MENGELAK DARI BANJIR

Teknologi dari perusahaan N55 di Denmark telah mencipta sebuah rumah yang boleh berjalan sendiri dengan keenam kaki hidroliknya. Mempunyai ketinggian 10 kaki dengan kekuatan energi matahari dan angin. Mampu bergerak sendiri dari suatu tempat ke tempat lain. Juga dilengkapi dengan pelbagai ruang termasuk dapur dan tandas. Untuk mengendalikan pergerakannya, rumah itu dibekalkan dengan sebuah komputer sehingga boleh berjalan dengan teratur sesuai keinginan penghuni.

TEKNOLOGI 7

H2O SHOWER POWER, RADIO PERTAMA DI DUNIA BERTENAGA AIR

Kini sudah ada H2O Shower Power Radio iaitu radio pertama yang menggunakan tenaga aliran air. Teknologi ini tidak perlu lagi menggunakan bateri atau elektrik. Radio ini boleh dipasang dimana-mana sahaja tempat yang dikehendaki, dengan automatik akan berfungsi dan berhenti apabila sudah siap mandi. H20 Shower Power Radio juga tidak akan rosak walaupun terkena air.

TEKNOLOGI 8

                                              
KENDERAAN TERBANG
Terrafugia telah berjaya membuat sebuah kenderaan fleksibel yang boleh terbang sejauh 724 Km dan  ketika dijalan darat kenderaan ini mampu dipacu hingga 185 km/jam. Transition Roadable Aircraft dilengkapi sayap yang dapat melipat secara automatik dalam waktu 30 saat. Ketika sayap ini ditekuk, maka kenderaan ini akan bergerak normal seperti kendaraan roda empat lain dan tetap muat diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan yang normal.

TEKNOLOGI 9

KERETA ELEKTRIK TANPA PEMANDU MASA DEPAN ELAK KESESAKAN TRAFIK
Mesra alam  dan boleh bergerak sendiri tanpa pemandu. Kenderaan keluaran General Motors, The EN-V (Electric-Networked Vehicle) dua tempat duduk bergerak menggunakan  kuasa bateri  sekitar 25 batu untuk sekali cas dengan kelajuan maksimum 25 batu sejam, boleh berpusing 360 darjah. Sesuai di bandar, dan tempat tertutup  untuk mengurangkan kesesakan trafik dan tempat 'parking'.

TEKNOLOGI 10


HOTEL ANTI BENCANA
Dari laman vivanews dalam program International Union of Architects, Remistudio merancang sebuah hotel yang boleh berperanan sebagai bahtera penyelamat, jika bencana dahsyat terjadi. Diberi nama, Ark Hotel dan boleh  didirikan di laut atau darat. Hotel berbentuk kerang ini memang direka supaya tahan dari banjir akibat kenaikan ekstrim permukaan air laut dan juga terhadap gelombang.  Ark Hotel dapat terapung  dan timbul secara automatik di permukaan air. Hotel ini juga tahan gempa dan boleh didirikan di dkawasan yang berbahaya. Selain itu, struktur bawah tanahnya berbentuk tempurung, tanpa tepian atau sudut.                         

Sunday 13 March 2011

ISU DAN CABARAN TERHADAP GURU BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL


Menurut Seels & Richey, (1994,), teknologi instruksional bermaksud, perihal berkaitan teori, amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber pembelajaran.  Di sini dapat disimpulkan bahawa teknologi instruksional berkaitan dengan proses dalam amalan reka bentuk pengajaran yang bersistematik. Ini bertujuan membolehkan murid-murid menjadi faham apa yang mereka belajar. Persoalannya, mampukah atau bersediakah teknologi diintegrasikan ke dalam teknologi instruksional? Bagaimanakah penerimaan guru, murid, pihak pengurusan sekolah atau ibu bapa ? Adakah mereka sanggup menyediakan minda dan diri mereka untuk berubah.
Kajian telah dijalankan oleh Khairuddin Bin Nisa mengenai beberapa isu yang berkait dengan teknologi instruksional terhadap guru. Isu pertama bahan pengajaran menggunakan teknologi instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Hasil mendapati dengan menggunakan bahan instruksional lebih berkesan iaitu sebanyak 3.73% berbanding 2.33 % bagi yang menggunakan buku teks sahaja semasa pengajaran. Isu kedua tahap pengetahuan guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional.  Hasil mendapati kekuatan penggunaan GIS (sistem maklumat geografi) dipengaruhi oleh pengetahuan komputer yang tinggi dalam kalangan guru. Isu ketiga sikap positif guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan kuat antara  sikap dan penggunaan komputer dalam pembelajaran seseorang guru.
Namun terdapat pelbagai cabaran dalam melaksanakan kesemua ini antaranya, bagaimana menggalakkan guru menggunakan bahan pengajaran  berasaskan teknologi instruksional? Bagaimana untuk meningkatkan tahap pengetahuan guru berkenaan teknologi ini? dan bagaimana  untuk meningkatkan sikap positif dalam kalangan guru bagi menggunakan teknologi instruksional?.  Bagi menyelesaikan masalah ini antara cadangan yang diutarakan adalah  bahan terbaik di peringkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan diseluruh negara, mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi instruksional, mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras dan mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional melalui motivasi intrinsik.
Secara kesimpulannya, pada masa hadapan apabila melalui teknologi virtual dan 3D semakin berkembang iaitu melibatkan deria penglihatan, bau, rasa serta sentuhan akan menyebabkan revolusi dalam pendidikan.  Pada era tersebut, sudah tentu penggunaan buku teks menjadi tidak lagi relevan dan pastinya semua guru di Malaysia harus bersedia kearah itu.