Blogger Backgrounds

Sunday 13 March 2011

ISU DAN CABARAN TERHADAP GURU BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL


Menurut Seels & Richey, (1994,), teknologi instruksional bermaksud, perihal berkaitan teori, amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber pembelajaran.  Di sini dapat disimpulkan bahawa teknologi instruksional berkaitan dengan proses dalam amalan reka bentuk pengajaran yang bersistematik. Ini bertujuan membolehkan murid-murid menjadi faham apa yang mereka belajar. Persoalannya, mampukah atau bersediakah teknologi diintegrasikan ke dalam teknologi instruksional? Bagaimanakah penerimaan guru, murid, pihak pengurusan sekolah atau ibu bapa ? Adakah mereka sanggup menyediakan minda dan diri mereka untuk berubah.
Kajian telah dijalankan oleh Khairuddin Bin Nisa mengenai beberapa isu yang berkait dengan teknologi instruksional terhadap guru. Isu pertama bahan pengajaran menggunakan teknologi instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Hasil mendapati dengan menggunakan bahan instruksional lebih berkesan iaitu sebanyak 3.73% berbanding 2.33 % bagi yang menggunakan buku teks sahaja semasa pengajaran. Isu kedua tahap pengetahuan guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional.  Hasil mendapati kekuatan penggunaan GIS (sistem maklumat geografi) dipengaruhi oleh pengetahuan komputer yang tinggi dalam kalangan guru. Isu ketiga sikap positif guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan kuat antara  sikap dan penggunaan komputer dalam pembelajaran seseorang guru.
Namun terdapat pelbagai cabaran dalam melaksanakan kesemua ini antaranya, bagaimana menggalakkan guru menggunakan bahan pengajaran  berasaskan teknologi instruksional? Bagaimana untuk meningkatkan tahap pengetahuan guru berkenaan teknologi ini? dan bagaimana  untuk meningkatkan sikap positif dalam kalangan guru bagi menggunakan teknologi instruksional?.  Bagi menyelesaikan masalah ini antara cadangan yang diutarakan adalah  bahan terbaik di peringkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan diseluruh negara, mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi instruksional, mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras dan mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional melalui motivasi intrinsik.
Secara kesimpulannya, pada masa hadapan apabila melalui teknologi virtual dan 3D semakin berkembang iaitu melibatkan deria penglihatan, bau, rasa serta sentuhan akan menyebabkan revolusi dalam pendidikan.  Pada era tersebut, sudah tentu penggunaan buku teks menjadi tidak lagi relevan dan pastinya semua guru di Malaysia harus bersedia kearah itu.  

18 comments:

  1. Langkah meningkatkan kualiti sistem pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi instruksional;

    1)Guru-guru diwajibkan mempelajari subjek teknologi maklumat dan mengambil kursus yang berasaskan pengetahuan serta kemahiran ICT
    2)Sekolah dibekalkan dengan kemudahan perisian yang khusus untuk sesi pembelajaran berbantukan komputer
    3)Galak penggunaan makmal komputer untuk subjek selain Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
    4)Pendedahan awal terhadap penggunaan komputer dalam kalangan guru membolehkan guru-guru lebih yakin dalam menjadikan sistem pendidikan berasaskan komputer sebagai satu alternatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
    5)Bantuan kewangan dan dana sumbangan daripada pihak tertentu dalam meningkatkan kualiti pendidikan berasaskan komputer di peringkat sekolah

    SITI KHADIJAH OMAR
    A125169
    TAHUN 3 SEM 2 SESI 2010/2011
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    MAKMAL 3 SELASA 8 PM

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam cik Rozana..

    Saya bersetuju dengan kaedah dan penggunaan teknologi instruksional dalam penddikan.Perlu juga dimasukkan nilai-nilai murni kepada para pelajar sebagai ingatan dan panduan hidup mereka.Kerana kemajuan tidaklah beerti jika peribadi dan akhlak diketepikan.jadi penggunaan teknologi dalam pendidikan perlulah seimbang dengan aspek nilai murni jika tidak kemajuan pendidikan tidak akan memberikan apa-apa kesan dalam kehidupan.

    Saya juga bersetuju dengan pandangan Cik Mastura berkenaan pendidikan interaksional perlulah dimantapkan disamping masih memartabatkan guru. kerana guru ibarat lilin yang membakar diri yang perlu dihargai dan dihormati sepanjang hayat..

    sekian...

    NOR NAJEHA BINTI MOHD BAKERI
    A129848
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  6. ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

    Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
    Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
    Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
    Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

    NORSUHAIDA BINTI RASHID
    A128064
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    SEMESTER 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  7. salam Rozana,

    Saya amat tertarik dengan maklumat yang anda berikan. Teknologi instruksional ini perlu dipertingkatkan lagi. Namun ianya bukan hanya bergantung kepada 'alat' tetapi perlu mengambil kira keperluan dan kehendak guru dan pelajar. Pengintergrasian teknologi ini amat diperlukan di sekolah agar dapat melahirkan masyarakat yang bersifat sain, berdaya cipta dan berpandangan jauh untuk masa hadapan.

    FATIN FARHANA BT ZAKARIA
    A127817
    FSSK/2 [PEMBANGUNAN MANUSIA]
    ISNIN 8-10 MALAM, MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum zana,

    sememangnya teknologi penting dalam pendidikan kerana pada masa ini ia merupakan alat bantuan dalam pembelajaran namun keberkesanannya bergantung kepada penggunaannya. namun keberkesanannya boleh diragui kerana tidak semua guru mahir dalam teknologi terutama para guru yang telah lama berkhidmat atau telah lanjut usia yang sememangnya kurang mengikuti perkembangan teknologi tiba-tiba diminta untuk mengajar anak muridnya menggunakan teknologi baru dan lebih moden. sebelum menukar corak pendidikan itu, para guru wajib dipersiapkan dengan ilmu teknologi yang secukupnya supaya dapat mencapai objektif yang diinginkan.

    NOR RADIA BT HARUN
    A128048
    FSSK/2 PEMBANGUNAN MANUSIA
    ISNIN 8-10, MAKMAL KOMPUTER 3 DEWAN BUDIMAN..

    ReplyDelete
  9. Dunia pendidikan pada hari ini amat memerlukan tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan luas tentang dunia teknologi dan alam siber. Ia selaras dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyatnya yang celik IT. Dengan pengetahuan teknologi yang dimilki oleh tenaga pengajar,merka dapat mengaplikasikannya kepada murid-murid. Ia seterusnya dapat membentuk generasi muda yang berkualiti dan mempunyai daya pemikiran yang intelek dan mampu menguruskan negara di masa akan datang.

    MOHD IZZAT AZREN BIN MOHD AZMAN (A131055)
    PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA
    TAHUN 2, SEMESTER 2 SESI 20210/2011
    FSSK

    ReplyDelete
  10. Salam cik ana..

    Saya juga bersetuju bahawa teknologi instruksional ini perlu dibuat dan juga dipertingkatkan dari semasa ke masa. Oleh itu, pelaksanaannya sangat penting supaya dapat melahirkan mayarakat yang maju, berdaing saing dan sebaginya.

    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    PROGRAM PEMBANGUNAN MANUSIA
    TAHUN 2, SEMESTER 2 SESI 20210/2011
    FSSK

    ReplyDelete
  11. Teknologi instruksional adalah metod pembelajaran bagi membantu guru menyampaikan maklumat pembelajaran.

    Ramai berpendapat apabila teknologi semakin maju, guru/pendidik konvensional tidak diperlukan lagi. Contoh: Hanya perlu menghadap komputer dan tidak perlu ke kelas untuk belajar beramai-ramai dengan guru dan rakan sekelas lain.

    Fenomena ini menyebabkan guru bertungkus-lumus mendapatkan kembali status mereka dalam kalangan pelajar.

    Maka, kursus perguruan sekarang banyak menekankan aspek teknologi. Objektifnya adalah untuk mengurangkan jarak pemikiran, cara penghubungan dan meningkatkan komunikasi berkesan antara guru dan pelajar.

    Walaubagaimanapun, perlulah diingat bahawa berkat seorang guru itu perlu. kadang-kadang teknologi lebih bermaklumat daripada guru kita sendiri. Namun, tanpa guru teknologi juga tidak mungkin wujud.

    Kerana, ilmu teknologi juga disalurkan dari seorang insan/pembimbing yang layak kita gelarkan mereka sebagai guru.

    NURUL HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN
    A130252
    FSSK
    TAHUN 2 (SESI 2010/2011)
    Tutorial:Selasa (8-10pm)

    ReplyDelete
  12. salam zana,
    saya juga besetuju sama dengan pendapat saudari dan kawan-kawan kita yang lain bahawa teknologi instruksional perlu dan penting dalam membantu lagi pencapaian pelajar di samping pencapaian guru dalam membaiki lagi kualiti pengajaran mereka. Contohnya penggunaan laptop, dan dan alat bantu mengajar lain seperti cd, gambar bewarna yang sememangnya mampu menarik minat pelajar untuk lebih berjaya dalam pelajaran.

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya mendengar term pembelajaran instruktional, jadi membaca artikel ini dapat satu ilmu baru. Memang banyak cara mengajar, dan teknik-teknik ini jika di buat dengan betul, dapat menolong dalam pembelajaran. Pembelajaran seperti ini adalah lebih kurang sama dengan taklimat yang diberikan dalam makmal sebelum eksperimen dibuat. Ianya memudahkan pemahaman berbanding dengan membaca manual makmal semata-mata.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Untuk para pendidik dan pengamal instruksi, perkara penting yang menentukan cara pelajar belajar menggunakan teknologi adalah guru. Tanpa guru, pelajar hilang haluan tanpa pengintegrasian teknologi instruksional, pengisian pengajaran menjadi hambar. Setiap pembaharuan dalam pendidikan menghasilkan harapan dan cabaran dari sudut guru, pelajar, ibu bapa mahupun masyarakat. Pembaharuan yang tidak hanya memfokuskan kepada “alat” kepada teknologi semata-mata tetapi pembaharuan yang mengambil kira juga kehendak guru dan pelajar. Perlu kita sedar di sekolah, teknologi amat diperlukan dalam abad ke-21 ini. Sebagaimana kata Honey, (2001), “technology does have a positive impact when the right conditions are in place”. Menurut beliau lagi, “ if technologies are to be used to support real gains in educational outcomes, six factors must be in place: leadership, solid educational objectives, professional development, adequate technology resources, time and evaluation”. (Honey, Culp, & Carrigg, 2000). Justeru itu pengintegrasian teknologi instruksi ke dalam teknologi amat diperlukan di sekolah. Demi untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.(sembilan cabaran ke arah wawasan 2020).

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

    ReplyDelete
  15. Para guru seharusnya bersiap sedia menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi dan sistem terkini yang lebih dekat dengan corak pembelajaran pelajar masa kini.

    Pelbagai kaedah dan sistem yang boleh digunapakai dan relevan bagi membantu pelajar memahami tentang sesuatu isu dengan lebih mendalam.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Cik Ana,
    Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh saudari dan juga rakan-rakan di atas.Guru adalah medium dalam menyampaikan maklumat. Penyampaiannya berkesan ataupun tidak bergantung pada persediaan, latihan yang diterima, sikap dan amalan mereka terhadap pengajaran itu sendiri. Guru harus sedar, mahu tidak mahu kita akan menghadapi generasi mendatang. Generasi yang hidup dalam dunia teknologi komputer dan telekomunikasi, yang kian pesat membangun menjelang abad ke-21.

    Namun begitu, keghairahan menyodok “hardware atau courseware” ke sekolah–sekolah perlu dilihat dari aspek kualiti bukannya kuantiti. Kualiti yang dimasukkan ialah kemampuan “hardware atau courseware” itu membantu pelajar belajar. Kemampuan membantu guru menggunakannya untuk mengajar dengan lebih efektif dan produktif serta interaktif dari aspek pencapaian pelajar yang ingin diukur.

    Sebagaimana kata YB Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussien Onn, Menteri Pelajaran Malaysia, “ we should manage our ICT projects by the quality of our ICT inputs. Instead of being overly distracted by the quantity of hardware or courseware we are putting out, we should be looking at the most effective use of technology to enhance teaching and learning” (2005).

    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    TAHUN 2 SEM 2(2010/2011)
    PEMBANGUNAN MANUSIA(FSSK)
    SELASA 8-10 MLM

    ReplyDelete
  17. Guru perlu sentiasa peka kepada perkembangan sekeliling. Di zaman teknologi sedang berkembang pesat kini, pihak guru perlu mengunakan peluang yang ada untuk memanfaatkan teknologi bagi melahirkan generasi baru serba boleh yang berpengetahuan luas dan pada masa yang sama mahir menggunakan teknologi.

    MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
    PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Rozana,

    Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk para pelajar supaya menjadi bangsa yang berjaya. Saya sangat bersetuju dengan apa yan telah diutarakan oleh saudari diatas. Penggunaan teknologi instruktur dalam pengajaran, ini merupakan alternatif yang baik dalam menarik minat para pelajar dalam proses pembelaran. Golongan pendidik seharusnya dilengkapi segala ilmu mengenai kemudahan teknologi kini agar dapat menggunakan kaedah yang mampu membantu meningkatkan dan memudahkan dalam proses P & P.


    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete